kata monolog hari ini

the people who laugh the most have experienced the most pain

Saturday, December 10, 2011

pandangan junub homosapien

realiti hidup.

wajib fikir pasal apa orang nak kata kat kita dulu, baru fikir pasal diri sendiri.
biar duit habis beribu,
biar hati sakit bagai dihiris sembilu....
asalkan orang tak mengata walaupun satu.
itu yang penting.

inilah realti. nak buat apa2 kena fikir apa orang nak kata dulu. baru boleh buat, walaupun hati tak redha langsung dengan apa yang dibuat. kadang-kadang memang perlu untuk fikirkan perasaan orang lain atau apa yang orang fikirkan atas apa yang kita buat.
tapi...

ada batas lah!
takkan every single thing yang aku nak buat mesti fikir apa yang kau dan kau akan kata?
penatla macam tu.
apa hidup aku ni untuk kau ke atau untuk aku?

susahlah kalau hidup berdasarkan apa yang orang akan cakap.
kita memang tak boleh nak tutup mulut orang.
pasti akan ada yang dikritiknya.
itu salah, ini tak elok, itu tak betul dan macam2 lagi.
jenuhla kalau kita nak tutup mulut semua orang.
memang sakitlah!

nota kaki: tak perlulah asyik memikirkan "pandangan orang lain". yang penting fikirkan "pandangan" dari ALLAH. itu yang lebih baik.




Sunday, December 4, 2011

again-perempuan

perempuan.
hatinya lembut dan mudah tersentuh.
jiwanya mudah difahami.
dan kadang-kadang mudah juga disalah tafsir oleh seorang pria.

bukan kemewahan yang dipinta oleh si puteri.
bukan pujian yang melampau yang dikehendaki oleh si puteri.
bukan harta yang melimpah ruah yang mahu dipunyai oleh si puteri ini.
tapi hanya kebahagiaan dan keihklasan yang dicari-cari selama ini.

perempuan.
maki lah dia semahunya.
lukai lah hatinya selagi dia mampu menahannya.
kalau itu adalah jalan yang terbaik untuknya.
dia pasrah, dia redha dengan takdirnya.

andai ini adalah jalannya.
doakanlah buatnya.
semoga perempuan ini tabah dalam menghadapinya.

kuatkanlah hatimu wahai puteri.
andai bahagia menantimu nanti..........


Tuesday, November 29, 2011

kosong

dah lama rasanya menghilang.
penat dengan dugaan hidup.
hah!
kau pun sama kan?

aku?
masih mengharap.
mengharap pada sesuatu yg cuba diusahakan.

cuba untuk menjadi yang lebih baik.
baik dari sebelumnya.
walau manusia ni kadang-kadang memilih untuk mengata dari memikirkan.
walau manusia ini penuh dengan prasangka buruk.

semoga aku terlindung dari sifat itu.
amin.



Saturday, October 29, 2011

hati seorang perempuan



pernah tak gf kau merajuk sebab kau tak balas msg / tak angkt kol dia?

pernah tak gf kau merajuk sebab kat tak pernah nak post something kat wall fb dia padahal kat fb perempuan lain macam2 kau post?

pernah tak gf kau merajuk sebab kau dah tak wish "gud nite baby cyg" macam waktu kau dan dia mula kapel dulu2?

pernah tak gf kau kata "awak da lain sekarang, tak macam yg sy kenal dulu" / ayat lain yg semaksud dengannya?


pernah tak alami benda ni? aku jamin ada lelaki atau perempuan pernah cakap macam ni dekat bf korang, dan yang lelaki pernah dikata begini oleh gf korang.
  
guys!
perempuan cakap benda2 macam ni sebab satu ja. dia rasa yang kau dah tak caring/ ambil berat dekat dia da.tu ja.then, bila dia dah start rasa macam 2, dia akan develop lagi satu perasaan, dimana dia akan mula rasa yang kau dah tak sayang dia macam dulu2. perempuan ni sebernanya simple ja. tapi cara lelaki yang membuatkan si perempuan jadi kompleks dan bertambah rumit. 


cuba kau imbas kembali sewaktu kau mula2 nak tackle gf kau. macam2 msg kau hantar kat dia. yg jiwang karat, yg lentok2, yg manja2, yg caring2. siap dedicate lagu lagi untuk "bakal gf" kau tu. yela, nak mengorat kan mestilah kena bagi yang hardcore punya. barulah "bakal gf" kau akan cair. ye dak?



then, bila kau dah dapat tackle gf kau tu dan usia hubungan korang sudah mencecah hampir setahun. everything will be different. yang si lelaki akan kata;-


"tak kan semua benda nak kena bagitaw? macam budak2 la u ni....!"


"cuba la jd matang sikit, tak kan 24 jam nak kna msg kot?..."


"eee.... jiwang la u ni"

dan macam2 lagi ayat yg tak tercapai dek akal si perempuan ni. bila kau dah start cakap macam ni, sudah tentulah kau punya gf akan cakap macam yg aku cakap kat atas td..

"u da lain, u bukan lg yg i knal dulu"


"u dah x sayang kat i kan?"


dan wahai lelaki, kau jangan nk melenting tak tentu pasal hanya disebabkan ayat2 kebudak2kan dari kaum perempuan ni. perempuan ada sebab yg tersendiri kenapa dia boleh bertindak mcm ni.


bagi aku, semuanya bermula dari saat kau tackle gf kau. kalau kau tak buat perangai sooooo-caringggg kau dekat dia waktu mula2 dulu, si perempuan tak akan ungkit benda2 macam ni. sebab perempuan sangat alert dengan perubahan. senang ja sebernanya nak elak semua ni "just be youself" start kau tackle dia sampai lah bila2 ok. 

maksud aku...
yg sebernanya kau ni bukannlah yang jenis caring sngt pon, bukanlah jenis yang suka bermadah-helah pon, bukanlah jenis yg romantik pon, sooooo.... tak payah jadi macam 2 ok. just be yourself. so kau punya gf sure takkan nak ungkit2 pasal sikap kau waktu dulu dan sekarang.dia akan terima kau seadanya.dan kau pun tak payah nak serabut dengan ayat2 so-childish dari si perempuan ok.


nampak macam simple kan? tapi sebernanya tak.. u hav to face it first, then you will know.
kenapa aku cakap susah? kerana ianya berkaitan dengan hati. 


"they may forget what you said, but they will never forget how you made them feel"
Carl W. Buechner

Friday, August 26, 2011

menghilang

lama menghilang.
terlalu banyak yang perlu difikirkan dan dikerjakan.
sampaikan tak ada masa untuk menulis disini.
aku masih punya keiinginan.
cuma tiada masa.


Monday, May 23, 2011

zaman peralihan cinta

bermula dengan.

semua indah.
semua suka.
semua sayang.
semua baik.
semua sempurna.

tiada satu pun cacat cela yang dicari.

sekarang.
zaman transisi mungkin

ini tak suka.
itu tak suka.
itu tak baik.
ini jahat.
kena buat itu.
kena buat ini.

macam-macam.

semua orang nak jadi yang sempurna.

Tuesday, May 17, 2011

benda apa yang paling tajam?

letih.
lihat gelagat mereka dan mereka.
ada yang sopan.
ada yang kasar.
ada yang berbudi bahasa juga.
tak kurang juga yang suka menengking tak kira tempat.
ada yang terpekik terlolong macam kena rogol.
ada yang pandai berlakon.

penat.

pantang aku bila orang cakap kasar.
terpekik-pekik macam aku ni orang pekak.
cakap lebih kurang macam aku ni adik kau.
tengking kuat-kuat macam aku ni patung kau.
memang pantang aku.

jaga sama mulut awak tu.

aku boleh je nak berkasar dengan kau.

tak da hal punya.


hidup umpama bermain chess

aku punya impian.
banyak.
kau pun, kan?
aku cuba aturkan satu persatu
ibarat aku susun gerak langkah dalam bermain chess.
satu persatu langkah diatur.
kalau tersilap langkah pun, masih boleh diundur.
masih boleh diperbaiki
walaupun ada cacat celanya.

berbeza kalau main dam.
kau tak boleh berpatah balik.
sekali kau mara, kalau kena makan
nasibla.

aku cuma berharap hidup aku umpama bermain chess.
aku mampu aturkan perjalanan buah ches aku.
walau tersilap langkah masih boleh diundur.
cuma mungkin sudah ada cacat celanya.
tetapi masih boleh dibaiki.

berharap.

"manusia hanya mampu merancang, tapi tuhan yang tentukan hidup kau".

dah selalu sangat dengar ayat ni.

Monday, May 16, 2011

untuk diri sendiri juga

16 Mei 2011
selamat hari guru buat semua warga pendidik
juga buat diri sendiri.

"Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"



teori-otak-kiri

nukilan aku, banyak berkisar mengenai hidup aku.
jarang-jarang aku tulis pasal pelajaran aku.
no point kalau aku tulis pasal pelajaran.
cukup aku kerah otak aku untuk paksa masuk segala ilmu yang lecturer muntahkan.
cukup.

aku punya minat dalam ilmu sains yang sangat tinggi.
inkuiri dalam otak aku boleh tahan.
aku ingin tahu itu dan ini.
kenapa awan x jatuh?
kenapa air laut dan air sungai tak akan bercampur?
kenapa sistem badan amoeba sangat simple?
kenapa sistem badan manusia begitu kompleks?
hati manusia pun kompleks juga.

terlalu banyak persoalan.

satu perkara yang aku pasti otak aku tak mampu terima.
sejarah.
terlalu banyak tarikh dan tahun.
dan sejarah adalah sesuatu yang fakta.
kalau salah memang salah.

sains pun fakta tapi lebih kepada teori yang boleh buat kita berfikir dengan lebih jauh dan menarik juga.

tapi sejarah.
otak aku akan mati takat tu sahaja.

aku hanya mampu hafal dan ingat untuk dua minggu paling lama.
then,
aku akan lupa.

why?
sebab terlalu bosan.

fucking-love

bila aku selak kamus hidup aku.
teringat zaman cinta monyet dulu-dulu.
rasa macam bodoh pun ada.
habiskan duit kat topup, beribu jugak aku rasa.
kalau dikumpul, dah boleh beli kamera DSLR dah sekarang ni.

tapi, bila difikirkan.
ada sebab kenapa aku dan kau kena lalui cinta monyet ni.
kena putus dan sambung dulu.
kena habis duit beribu-ribu dulu.
kena nangis-nangis sampai air mata darah dulu.
kena gaduh-baik dulu.

bila dah semakin dewasa, memang menyesal.
penat bercinta dulu-dulu, kalau tahu macam ni jadinya.

biasala
kalau kau dah tahu ending hidup kau memang tak best la.
tak mencabar.
bayangkan kalau kita dah tahu pengakhiran hidup kita.
aku pasti masjid akan penuh.

dan kalau kau punya seorang adik perempuan.
perempuan bukan lelaki.
kau akan cakap dekat adik kau macam ni.

"dik.. x payahla bercinta sekrang, buat penat ja, bek ko putus dengan bf kau...."

konfem adik kau akan diam.

aku pernah cakap kat adik aku macam ni.
then menyesal....

.....................................................................................

tak guna cakap macam tu.
sebab dia pun punya perasaan.
aku, kau dan kau pun macam tu dulu.
even kena tegah banyak kali, buat tak reti je.
sebab perasaan.
apa perasaan kau bila kau tengah seronok-seronok main masak-masak kat luar rumah,
then mak kau panggil balik baca buku.
macam tu juga dengan budak-budak ni.
kita sendiri pernah alami zaman ni.
dan aku faham perasaan adik aku.
aku nak halang, tapi aku tak mampu.
aku nak biar kau rasa dik.

baru kau tahu caturan hidup kau.

tahi-minyak: aku bukan nak per-dajal adik aku. jangan salah faham. aku sayang adik2 aku.

Sunday, May 15, 2011

lo-ser-g-ila

kadang-kadang, sebelum aku tidur aku mengharap sesuatu.
mengharap agar apa yang aku punyai sekarang, takkan hilang, takkan pergi.
perit untuk merasakan keperitan lagi.

cukup dengan apa yang aku telan sekarang.
cukup dengan apa yang aku lalui sekarang.
dah cukup tabah aku rasa.
walau usia aku setahun jagung barangkali.

mungkin bagi homosapien yang sudah berusia akan gelakkan aku yang sudah penat dengan kitaran hidup.
perlekehkanla aku. 
memang aku looser kadang2.
cepat mengalah.

tuhan, berikan aku sedikit ketabahan. supaya aku tak mudah "penat".



fatilistik

bila diimbas kembali, tentang kutukan yang pernah aku dapat, semua berkaitan dengan saiz badan aku.
gemuk, chubby, tembam, besar dan yg sewaktu dengannya. aku memang tak pernah marah kalau dikata macam tu. aku bukan jenis yang pandai marah-marah, tengking-tengking orang. memang tak pandai.

aku hanya mampu diam dan senyum.
kalau orang tengok, orang akan kata aku jenis yang tak berperasaan dan blur.
muka aku memang macam tu. hati aku tak blur.

aku mengaku, memang aku gemuk. tapi kau siapa nak mengata aku lebih-lebih?
tiga empat kali aku boleh tahan kau nak kata aku gemuk sekalipun.
tapi kalau sampai setiap hari kau nak kata kat aku. sakitla.

aku bukan patung yang boleh kau canang kegemukan aku ni kat semua orang.
aku bukan jenis homosapien yang tak punya perasaan malu bila dikutuk depan orang ramai.
aku bukan badut yang kau boleh jadikan bahan jenaka untuk buat semua orang gelak kat aku.
aku punya perasaan malu.

aku faham.
kadang-kadang kau nak bergurau dengan aku. tapi berpada-padalah.
sekali dua kau tampar aku manja2 aku boleh kata tak sakit lagi.
tapi kalu 100 kali kau tampar aku manja2, kau ingat tak sakit?
mau lebam jugak la kan.

Thursday, May 12, 2011

meluat

bertudung litup.
labuh bagai tirai aurora.
hormat.
cuma seketika.
menyampah untuk selamanya.
kata-katanya
bagai pisau merobek hati.
pedas.
lancang.
bermuka-muka.
tidak setanding dengan penampilan yang dibawa.
hilang rasa hormat.
bertambah rasa meluat.



kawan

dulu..
aku dan kau berkawan baik.
sampai satu kes,
kau langsung tak tegur aku.
aku pelik juga.
tapi aku diamkan aja.
mungkin kau dah termakan fitnah org.

sekarang.
baru kau tegur aku.
aku pelik juga.
kau pandang aku hina gila selama  ni.
kau mimpi apa smpai nak tegur aku balik?
aku senyumkan aja.

Monday, May 9, 2011

panas

panas.
isu yang semua orang sebut-sbutkan.
panas mana pun kau kena redho.
pemcemaran sana sini.
x kisahla kalau dunia skarang da semakin panas.
hukum alam, kena terima
dah rasa baru nak tergadah
baru sibuk komplem sana sini.
tak guna belajar tinggi2 kalau tak berfikir sebelum buat sesuatu.
tuhan bagi akal untuk fikir.
bukan bertindak ikut nafsu.

peringatan untuk diri juga.

Sunday, May 1, 2011

M o N o L o G

sebelum ni, entri aku kebanyakannya berbaur sadis dan agak peribadi. biasala. hidup ni macam putaran bumi. kadang2 kau kat utara dan kadang2 kau kt selatan. pelbagai cuaca yang kau akan alami. kadang2 musim panas, musim sejuk, musim luruh atau musim panas dan lembap barangkali. ini cuma perumpamaan.

kadang2 sampai satu tahap, aku jadi "lack of idea" untuk menulis. kenapa aku pun tak tahu. mungkin hormon tak menentu barangkali. dan kadang2 aku lebih suka monologkan semuanya dalam hati aku. ye, aku  bercerita dalam hati. kalau aku tak puas hati, aku bercerita dalam hati, menangis dalam hati, ketawa dalam hati, bermadah dalam hati dan tak lupa juga mengutuk dalam hati. macam kau tak pernah buat? kan?

kadang2 aku terfikir, macam mana kita boleh bercakap dalam hati (bermonolog)?
aku tahu ini satu kelebihan yang tuhan kurniaan tuhan.
tapi nak tau jugak, macam mana boleh terjadinya monolog ni ye. pernah tak kau kaji? pernah tak kau fikir?

Friday, April 22, 2011

u need to change

hidup. memang banyak perubahan. since kau lahir sampaila kau besar. macam2 yang berubah sama ada fizikal kau, emosi kau, perasaan kau dan macam2 lg yg akan berubah. semua ni kita tak sedar. sebab tu, kalau someone cakap kat kau, yg kau da banyak berubah. kau tak kan mengaku. kan?

sebab kau tak kan pernah perasan. tambah2 perubahan yang melibatkan perangai kau.

kadang2 berubah tu perlu. berubah dari buruk kepada yang baik. bukannya dari baik kepada yg buruk.

Thursday, April 21, 2011

life is suckss

kau bahagia.
kau sedih.
kau kecewa.
kau jatuh.
kau tersungkur.
kau bangun.
kau ditipu.
kau menipu.
kau difitnah.
kau memfitnah.
kau disakiti.
kau menyakiti.

ini lumrah.
selamat datang.
kerana ini adalah kehidupan sebenar.

change

"perubahan yang pasti"

Wednesday, April 20, 2011

teori lifegoistik

hidup ni jangan terlalu cepat untuk melatah. kena fikir dalam2. masak2. kalau tak kau akan menyesal.
sama juga kalau kau rasa sesuatu perubahan ke arah keburukan. kaji dulu. jngn main tembak je. jangan main ikut sedap mulut je. kdang2 ada hikmah di sebalik semua 2.

dan hidup ni, kena banyak kan bersabar. memang bukan mudah. tapi kau kena cuba. sebb bila kau bersabar dengan setip dugaan, akhirnya kau akan lega dan tenang.

hidup ni juga x boleh terlalu ego. sama ada kau lelaki atau perempuan. kalau la semua org kat dunia ni ego, sapa yg akan jadi kuli batak? ingat tu.

madah berhelah #3

Manusia..

Bila bahagia, mula la lupakan Tuhan
Bila dah sakit nak mati, baru nak ingat Tuhan

Tuesday, April 19, 2011

madah berhelah #2

"kadang-kadang lebih baik tak tahu daripada tahu" 
sesuatu kebenaran

kebenaran yang menyakitkan

Sunday, April 10, 2011

watever

kadang2 terfikir dan tersentap juga.

hati perempuan ni sebernanya dijadikan untuk apa ye?
untuk disakiti ke?

wateverla.!

Friday, April 8, 2011

madah berhelah #1

"they may forget what you said, but they will never forget how you made them feel"

Wednesday, April 6, 2011

hati yang pelik

aku pelik.
kenapa bila kawan2  kutuk aku, "gurau2 manja dengan aku", mengata aku itu dan ini, dan macam2 lagi aku tak pernah pun nak take serious walaupun semua tu memang kenyataan.
dan jarang sangat aku nak menangis kalau ada orang kutuk aku. memang jarang, dan rasanya tak pernah.

tapi kenapa bila ianya melibatkan "seseorang yang istimewa" hati aku mudah sangat tersentuh.
sensitif sangat dan rapuh sangat.
kenapa?
aku pelik.
kenapa hati aku tak sekuat, bila aku bersama dengan kawan2?

adakah hati aku ni ada beberapa bahagian yang mempunyai pelbagai ketahanan?
ada bahagian yang lemah, sederhana, dan kuat.
entah.

i have to balance it.

Tuesday, April 5, 2011

hati yg terlalu lembik macm marshmallow

sometime, i think bout something, something about myself
am i too sellfish?
am i too childish?
am i hav negative perspective?
am i too choosy?
maybe... sometime..

dan bila bercakap mengenai hati.
ya. hati aku mudah terluka.
dan mudah juga untuk sembuh.
terlalu mudah.
mungkin sangat rapuh barangkali.
mungkin lack of "calcium" agaknya.
mungkin lepas ni, aku perlu banyakkan "minuman bersusu".
supaya hati aku lebih kuat.
kuat macam tulang aku.

i wanna strong heart.

Monday, April 4, 2011

Usah Lepaskan - thaqif feat. hydir

sangat suka lagu ni...


layan-tak-layan

kadang-kadang..
bila kita baru nak jiwang2 karat sikit, die boleh buat layan-tak-layan..

contoh satu..

kite: dngr lagu ni.. best...

die: tak best pon...

kite: ok fine.

Sunday, March 27, 2011

kolot

bila aku fikirkan sesuatu yang buruk dn x baik.
kemudian tido. dan lepas tu, aku mesti mimpi benda yang sama
dan mimpi tu membuatkan aku rasa yang benda tu mungkin betul akan jadi dalam hidup aku.
huh.. kolot tak pemikiran  aku?
dush! auni... jngn berfikiran kolot sangat ok.

realiti

bila sorang-sorang, termenung dan terfikir sesuatu.
sesuatu tentang kehidupan.
kadang-kdang kita seronok sangat, gelak sana sini.
dan sampai satu masa kita akan sedih sangat.
sampaikan satu ketika, rasa macam dah tak nak hidup.
bayangkan, kalau hidup kita sentiasa seronok, tak pernah sedih, tak pernah jatuh tersungkur dan mcm2 lg.
agak-agak seronok tak ada life mcam 2?
mungkin kau akan bosan.
sebab tu la kena ada semua ni.
jadi, kena bersyukur.
dan kena kuat.

teori kehidupan dan realiti

bila aku fikir-fikir, tentang sebab-sebab kenapa aku selalu sedih?
kenapa asyik aku?
kenapa mesti aku yang alami?
kenapa mesti aku yang menangis?
kenapa mesti semuanya tejadi dekat aku?
dan macam-macam lagi persoalan yang selalu timbul.
aku sedar sesuatu.
mugkin ni ialah ujian dan balasan untuk aku.
mungkin atas dosa-dosa aku yang lepas.
dan mungkin semua ni mengajar aku utuk menjadi seorang yang penyabar dan tak terlalu manja dengan kehidupn.
dan mungkin tuhan mahu aku rasa apa yang orang lain rasa.
kerana "teori kehidupan" tak sama dengan "realiti"
aku kena kuat.
ya.

Saturday, March 19, 2011

hati yg gedik2 nak rasa sakit

kau hancurkan aku dengan sikapmu.
tak sedarkah kau telah meyakitiku.

lirik yg ada kaitan dengan hati aku, sekarang.
ye..
sangat sakit.
smga aku tabah hadapi semua ni.

Monday, March 14, 2011

mentaliti masyarakat #3

sebelum ni, laptop aku hilang.
dan aku beli baru.

orang akan fikir, kaya nya kau.
sampai boleh beli laptop baru.
antara dialog2 yang kawan aku cakap.

(sila baca dalam nada suara yang tak boleh blah)

kawan 1: huyooo...gila la, ang da beli laptop baru....

kawan 2: gila la, pagi tadi hilang, petang da dapat laptop baru...

kawan 3: ayat yang sama...

kawan 4: uiii... broadband pon ang beli baru ke? gila la...

seriously, aku memang benci dengan ayat2 macam ni.
cara kawan2 aku cakap macam nak kata yang aku ni kaya sangat sampai boleh beli laptop dan broadband baru. aku boleh baca la ayat perli hampa tu. aku tak kaya ok. tapi ni semua keperluan yang aku kena ada.

kalau aku tak beli laptop baru, kau nak kasi pinjam laptop kau ke bagi aku wat assigment aku yang menimbun2 ni?
tak kan?
so jangan cakap banyak.

kalau aku tak beli broadband baru, kau nak kasi ke broadband kau kat aku?
aku taw kau pun nak guna utuk cari maklumat.
so jangan cakap banyak.

Sunday, March 13, 2011

entri jiwang, tolong jangan baca ok.

aku?
selalu mengharapkan yang setiap orang yang aku sayang,
akan sayang aku, macam mana aku sayang dia.
tapi aku taw, tak semua yang aku harapkan akan menjadi.
aku bukan demand, cuma teringin.
aku da jumpa dengan pelbagai jenis manusia.
dan satu perkara yang aku sedar.
kadang-kadang aku terpaksa relakan hati aku disakiti,
aku terpaksa tipu hati aku.
aku terpaksa buat semua ni, supaya aku tenang.
nampak macam tipu.
tapi ni kenyataan yang aku kena lalui.

kadang-kadang, aku taw..
ada sesuatu yang kau sorokkan dari aku.
ada sesuatu yang kau sembunyikan dari aku.
tapi aku?
malas nak tanya.
aku cuma nak tengok.
kau ni jujur ke tak dengan aku.

aku diam,
tak bererti aku tak fikir pasal kau.
cuma aku tak nak tunjuk.
aku tak nak tunjuk yang aku ni terlampau sayangkan kau.
ye, aku ego.
ego yang memakan hati.

aku cemburu,
sebab aku sayang kan kau.
bukannya aku suka2 nak develop perasaan ni
sakit taw x?

kadang2 aku dapat rasa kau dah semakin jauh denga aku.
aku tau sebab apa.
biarlah aku ja yang tahu.

mungkin kau dah bosan dengan aku.
ye, mungkin..
atau mungkin ada yang lebih "menarik" dari aku.
aku bukan beserah atau redho.
bukan.
aku cuma berfikir.
apa yang terbaik untuk aku dan kau.

Saturday, March 12, 2011

instinct aku tepat ok

b4 nie aku ada cakap pasal instinct @ gerak hati..
tak sangka la kali ni instinct aku betul..
taw apa yg jadi pada ak?
laptop, henset, duit dan broadband aku kena curi.
ye, salah aku sebab tak kunci pintu bilik.
tahniah.
sangat sedih.

p/s: aku belajar di ipg, tak tau la sapa yag curi, sama ada orang luar atau guru pelatih sendiri. kalau la yang mencuri tu guru pelatih, memangla!!! aku tak percaya benda ni jadi kat aku. tuhan je yang tay perasaa aku. aku sedih sebab assigment dan kerja2 aku semua dalam laptop. dan hilang macam 2 ja. sangat sedih.

Thursday, February 24, 2011

instinct

instinct?
kau percaya tak pada instinct?
or kata lain gerak hati.
gerak hati yang memungkinkan atau mengiyakan apa yang kau rasakan dalam hati.
contoh, kau penah tak rasa tak sedap hati?
rasa macam sesuatu yang buruk akan berlaku?
aku pasti semua orang pernah rasa
aku.?aku tak suka rasa cam ni.
benda ni buat aku jadi takut.
takut untuk hadapi kenyataan.

Tuesday, February 22, 2011

pantang aku, bila kau cakap belakang

sekrang ini, aku da jarang menulis blog, sangat sibuk dengan kerja. kerja yang tak pernah habis. mugkin akan habis bila aku da mati. sebernanya, banyak perkara yang aku nak kongsikan, tapi aku tak berkesempatan. aku nak tulis, tapi tak sempat.

ye. ini yang selalu jadi kat aku.

aku akui, kadang-kadang aku agak emosi. emosi tentang topik yang sangat sensitiv bagi aku. contoh, isu yang selalu aku persoalkan dalam entri yang sebelum ini, pasal guru.

dan kadang2 aku agak sensitif bila aku dipanggil bercakap dhadapan iaitu di dalam kelas mengenai sesuatu tajuk, ada suara-suara kecil yang kurang enak di dengar. yang menyangkal kata-kata aku. yang mengumpat tentang apa yang aku cakapkan.

ye, aku sangat pantang. pantang bila ada orang yang hanya berani cakap belakang, dan bila aku tanya, jawapan yang diberi "tak dak papa". wtf la kan.

Wednesday, February 2, 2011

mentaliti masyarakat # 2

sekarang ni suma orang tengah bising2 pasal rusuhan kat mesir, dan aku x nak la cita pasal 2. suma orang taw.

baru2 nie, aku pergi ambil sijil spm kat sekolah. sekolah yang jauh dari rumah aku. mgambil masa 3 jam perjalanan pergi. ye sangat jauh dan sangat tak berbaloi. pergi sana semata-mata nak ambil sekeping sijil tu je pun sampai kebas bontot2 aku ok. penat!

bila aku sampai sekolah aku 2, time tu dah nak balik, dan aku terserempak dengan seorang cikgu yang sudah  berumur dan mungkin cikgu tu cikgu baru kat sekolah aku tu, sebab aku tak penah nampak dia selama aku belajar kat situ. ada perbualan antara aku dan cikgu tu. cikgu lelaki ok.

aku : assalamualaikum cikgu. ( aku masih tak lupa untuk bagi salam ok )


cikgu: waalaikum salam. kamu ex-studnt kat sini ke?


aku: ya..


cikgu: spm tahun bila?


aku: spm tahun 2008


cikgu: mai ambik sijil spm ke?


aku: a'ah. 


cikgu: ( ambil sijil spm aku, nk tgok katakan)


cikgu:  belajaq kat mana skarang?


aku: kat maktab perguruan.


cikgu: maktab???????????   ( nada yang sangat x puas hati gila)


aku: a'ah la.. maktab..


cikgu: la... result punya bagoz masuk maktab ja? ambik la yang chalenging sikit. engineering ka, medik ka.......


aku: saya tak minat la cikgu. saya suka jadi cikgu ja.


cikgu: takpala.. cikgu pun ok jgak..


aku: a'ah.. ( dalam hati bengang gila ok)

da banyak kali benda ni jadi kat aku, dan aku sangat sensitif bila ada orang pertikaikan profesion yang aku ceburi. it is not about the chalenging or what so ever. tapi sebab minat yang mendalam ok. tolong jangan pertikaikan. lantakla result spm aku x sepadan dengan kerja aku pon aku x peduli ok. yang penting aku minat.

aku punyala usaha untuk dapat result yang terbaik dalam spm sebab aku da target nak masuk maktab. apa ingat senang ke nk masuk IPG? kalau kau dapat 4A pon, pergi interview pon x lepas ok.

apa hebat sangat ke kerja doktor n engineer or lawyer 2? kalau tak dak didikan dari seorang manusia yang bernama GURU, tak kan lahir lah doktor, engineer or layer yang semua orang banggakan tu. aku bukan nak perlekeh pekerjaan orang lain. cuma agak kecewa dengan pemikiran yang agak tipikal dari golongan2 tertentu ni.

aku sebilik dengan budak KPLI, roomate aku yang terbaru, budak lawyer. siswazah dari UIA.


p/s: aku tak akan membebel panjang2 macam ni kalau tak ada orang yang pertikaikan tentang apa yang aku suka. dan maaf untuk sapa2 yang terasa. ini cuma hidup aku.

Friday, January 28, 2011

masa yang tak terurus

fuh, dah lama rasanya aku x update blog aku ni.
sb aku buzy, buzy sngat-sangat.
buzy sngat sampai aku rasa yang aku tak da life mcm remaja lain.
pagi, bangun pkul 6.30, pegi kelas pukul 8 pagi dan balik pukul 4/5 ptg.
malam ada discussion ngn kawan2/ buat report/ buat ISL/buat tutorial dan tido.
ya..
macam ni rutin harian aku.
mungkin aku masih tak pandai nak uruskan masa aku.
aku masih terkejut.
terkejut dengan jadual sendiri.

aku masih belajar juga.
belajar untuk menguruskan masa dengan baik.

insyaallah.

Monday, January 3, 2011

alzhaimer

aku pelik.
sejak kebelakangan ni aku slalu lupa. lupa nama moto, lupa nama macam2. aku nak cakap tapi x terkeluar and tak ingat.rasa takut pon ada.

takut ada simptom2 penyakit alzhaimer. doakan aku supaya ingatan aku masih kuat. amin..