kata monolog hari ini

the people who laugh the most have experienced the most pain

Monday, May 23, 2011

zaman peralihan cinta

bermula dengan.

semua indah.
semua suka.
semua sayang.
semua baik.
semua sempurna.

tiada satu pun cacat cela yang dicari.

sekarang.
zaman transisi mungkin

ini tak suka.
itu tak suka.
itu tak baik.
ini jahat.
kena buat itu.
kena buat ini.

macam-macam.

semua orang nak jadi yang sempurna.

Tuesday, May 17, 2011

benda apa yang paling tajam?

letih.
lihat gelagat mereka dan mereka.
ada yang sopan.
ada yang kasar.
ada yang berbudi bahasa juga.
tak kurang juga yang suka menengking tak kira tempat.
ada yang terpekik terlolong macam kena rogol.
ada yang pandai berlakon.

penat.

pantang aku bila orang cakap kasar.
terpekik-pekik macam aku ni orang pekak.
cakap lebih kurang macam aku ni adik kau.
tengking kuat-kuat macam aku ni patung kau.
memang pantang aku.

jaga sama mulut awak tu.

aku boleh je nak berkasar dengan kau.

tak da hal punya.


hidup umpama bermain chess

aku punya impian.
banyak.
kau pun, kan?
aku cuba aturkan satu persatu
ibarat aku susun gerak langkah dalam bermain chess.
satu persatu langkah diatur.
kalau tersilap langkah pun, masih boleh diundur.
masih boleh diperbaiki
walaupun ada cacat celanya.

berbeza kalau main dam.
kau tak boleh berpatah balik.
sekali kau mara, kalau kena makan
nasibla.

aku cuma berharap hidup aku umpama bermain chess.
aku mampu aturkan perjalanan buah ches aku.
walau tersilap langkah masih boleh diundur.
cuma mungkin sudah ada cacat celanya.
tetapi masih boleh dibaiki.

berharap.

"manusia hanya mampu merancang, tapi tuhan yang tentukan hidup kau".

dah selalu sangat dengar ayat ni.

Monday, May 16, 2011

untuk diri sendiri juga

16 Mei 2011
selamat hari guru buat semua warga pendidik
juga buat diri sendiri.

"Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"



teori-otak-kiri

nukilan aku, banyak berkisar mengenai hidup aku.
jarang-jarang aku tulis pasal pelajaran aku.
no point kalau aku tulis pasal pelajaran.
cukup aku kerah otak aku untuk paksa masuk segala ilmu yang lecturer muntahkan.
cukup.

aku punya minat dalam ilmu sains yang sangat tinggi.
inkuiri dalam otak aku boleh tahan.
aku ingin tahu itu dan ini.
kenapa awan x jatuh?
kenapa air laut dan air sungai tak akan bercampur?
kenapa sistem badan amoeba sangat simple?
kenapa sistem badan manusia begitu kompleks?
hati manusia pun kompleks juga.

terlalu banyak persoalan.

satu perkara yang aku pasti otak aku tak mampu terima.
sejarah.
terlalu banyak tarikh dan tahun.
dan sejarah adalah sesuatu yang fakta.
kalau salah memang salah.

sains pun fakta tapi lebih kepada teori yang boleh buat kita berfikir dengan lebih jauh dan menarik juga.

tapi sejarah.
otak aku akan mati takat tu sahaja.

aku hanya mampu hafal dan ingat untuk dua minggu paling lama.
then,
aku akan lupa.

why?
sebab terlalu bosan.

fucking-love

bila aku selak kamus hidup aku.
teringat zaman cinta monyet dulu-dulu.
rasa macam bodoh pun ada.
habiskan duit kat topup, beribu jugak aku rasa.
kalau dikumpul, dah boleh beli kamera DSLR dah sekarang ni.

tapi, bila difikirkan.
ada sebab kenapa aku dan kau kena lalui cinta monyet ni.
kena putus dan sambung dulu.
kena habis duit beribu-ribu dulu.
kena nangis-nangis sampai air mata darah dulu.
kena gaduh-baik dulu.

bila dah semakin dewasa, memang menyesal.
penat bercinta dulu-dulu, kalau tahu macam ni jadinya.

biasala
kalau kau dah tahu ending hidup kau memang tak best la.
tak mencabar.
bayangkan kalau kita dah tahu pengakhiran hidup kita.
aku pasti masjid akan penuh.

dan kalau kau punya seorang adik perempuan.
perempuan bukan lelaki.
kau akan cakap dekat adik kau macam ni.

"dik.. x payahla bercinta sekrang, buat penat ja, bek ko putus dengan bf kau...."

konfem adik kau akan diam.

aku pernah cakap kat adik aku macam ni.
then menyesal....

.....................................................................................

tak guna cakap macam tu.
sebab dia pun punya perasaan.
aku, kau dan kau pun macam tu dulu.
even kena tegah banyak kali, buat tak reti je.
sebab perasaan.
apa perasaan kau bila kau tengah seronok-seronok main masak-masak kat luar rumah,
then mak kau panggil balik baca buku.
macam tu juga dengan budak-budak ni.
kita sendiri pernah alami zaman ni.
dan aku faham perasaan adik aku.
aku nak halang, tapi aku tak mampu.
aku nak biar kau rasa dik.

baru kau tahu caturan hidup kau.

tahi-minyak: aku bukan nak per-dajal adik aku. jangan salah faham. aku sayang adik2 aku.

Sunday, May 15, 2011

lo-ser-g-ila

kadang-kadang, sebelum aku tidur aku mengharap sesuatu.
mengharap agar apa yang aku punyai sekarang, takkan hilang, takkan pergi.
perit untuk merasakan keperitan lagi.

cukup dengan apa yang aku telan sekarang.
cukup dengan apa yang aku lalui sekarang.
dah cukup tabah aku rasa.
walau usia aku setahun jagung barangkali.

mungkin bagi homosapien yang sudah berusia akan gelakkan aku yang sudah penat dengan kitaran hidup.
perlekehkanla aku. 
memang aku looser kadang2.
cepat mengalah.

tuhan, berikan aku sedikit ketabahan. supaya aku tak mudah "penat".



fatilistik

bila diimbas kembali, tentang kutukan yang pernah aku dapat, semua berkaitan dengan saiz badan aku.
gemuk, chubby, tembam, besar dan yg sewaktu dengannya. aku memang tak pernah marah kalau dikata macam tu. aku bukan jenis yang pandai marah-marah, tengking-tengking orang. memang tak pandai.

aku hanya mampu diam dan senyum.
kalau orang tengok, orang akan kata aku jenis yang tak berperasaan dan blur.
muka aku memang macam tu. hati aku tak blur.

aku mengaku, memang aku gemuk. tapi kau siapa nak mengata aku lebih-lebih?
tiga empat kali aku boleh tahan kau nak kata aku gemuk sekalipun.
tapi kalau sampai setiap hari kau nak kata kat aku. sakitla.

aku bukan patung yang boleh kau canang kegemukan aku ni kat semua orang.
aku bukan jenis homosapien yang tak punya perasaan malu bila dikutuk depan orang ramai.
aku bukan badut yang kau boleh jadikan bahan jenaka untuk buat semua orang gelak kat aku.
aku punya perasaan malu.

aku faham.
kadang-kadang kau nak bergurau dengan aku. tapi berpada-padalah.
sekali dua kau tampar aku manja2 aku boleh kata tak sakit lagi.
tapi kalu 100 kali kau tampar aku manja2, kau ingat tak sakit?
mau lebam jugak la kan.

Thursday, May 12, 2011

meluat

bertudung litup.
labuh bagai tirai aurora.
hormat.
cuma seketika.
menyampah untuk selamanya.
kata-katanya
bagai pisau merobek hati.
pedas.
lancang.
bermuka-muka.
tidak setanding dengan penampilan yang dibawa.
hilang rasa hormat.
bertambah rasa meluat.



kawan

dulu..
aku dan kau berkawan baik.
sampai satu kes,
kau langsung tak tegur aku.
aku pelik juga.
tapi aku diamkan aja.
mungkin kau dah termakan fitnah org.

sekarang.
baru kau tegur aku.
aku pelik juga.
kau pandang aku hina gila selama  ni.
kau mimpi apa smpai nak tegur aku balik?
aku senyumkan aja.

Monday, May 9, 2011

panas

panas.
isu yang semua orang sebut-sbutkan.
panas mana pun kau kena redho.
pemcemaran sana sini.
x kisahla kalau dunia skarang da semakin panas.
hukum alam, kena terima
dah rasa baru nak tergadah
baru sibuk komplem sana sini.
tak guna belajar tinggi2 kalau tak berfikir sebelum buat sesuatu.
tuhan bagi akal untuk fikir.
bukan bertindak ikut nafsu.

peringatan untuk diri juga.

Sunday, May 1, 2011

M o N o L o G

sebelum ni, entri aku kebanyakannya berbaur sadis dan agak peribadi. biasala. hidup ni macam putaran bumi. kadang2 kau kat utara dan kadang2 kau kt selatan. pelbagai cuaca yang kau akan alami. kadang2 musim panas, musim sejuk, musim luruh atau musim panas dan lembap barangkali. ini cuma perumpamaan.

kadang2 sampai satu tahap, aku jadi "lack of idea" untuk menulis. kenapa aku pun tak tahu. mungkin hormon tak menentu barangkali. dan kadang2 aku lebih suka monologkan semuanya dalam hati aku. ye, aku  bercerita dalam hati. kalau aku tak puas hati, aku bercerita dalam hati, menangis dalam hati, ketawa dalam hati, bermadah dalam hati dan tak lupa juga mengutuk dalam hati. macam kau tak pernah buat? kan?

kadang2 aku terfikir, macam mana kita boleh bercakap dalam hati (bermonolog)?
aku tahu ini satu kelebihan yang tuhan kurniaan tuhan.
tapi nak tau jugak, macam mana boleh terjadinya monolog ni ye. pernah tak kau kaji? pernah tak kau fikir?