kata monolog hari ini

the people who laugh the most have experienced the most pain

Saturday, October 29, 2011

hati seorang perempuan



pernah tak gf kau merajuk sebab kau tak balas msg / tak angkt kol dia?

pernah tak gf kau merajuk sebab kat tak pernah nak post something kat wall fb dia padahal kat fb perempuan lain macam2 kau post?

pernah tak gf kau merajuk sebab kau dah tak wish "gud nite baby cyg" macam waktu kau dan dia mula kapel dulu2?

pernah tak gf kau kata "awak da lain sekarang, tak macam yg sy kenal dulu" / ayat lain yg semaksud dengannya?


pernah tak alami benda ni? aku jamin ada lelaki atau perempuan pernah cakap macam ni dekat bf korang, dan yang lelaki pernah dikata begini oleh gf korang.
  
guys!
perempuan cakap benda2 macam ni sebab satu ja. dia rasa yang kau dah tak caring/ ambil berat dekat dia da.tu ja.then, bila dia dah start rasa macam 2, dia akan develop lagi satu perasaan, dimana dia akan mula rasa yang kau dah tak sayang dia macam dulu2. perempuan ni sebernanya simple ja. tapi cara lelaki yang membuatkan si perempuan jadi kompleks dan bertambah rumit. 


cuba kau imbas kembali sewaktu kau mula2 nak tackle gf kau. macam2 msg kau hantar kat dia. yg jiwang karat, yg lentok2, yg manja2, yg caring2. siap dedicate lagu lagi untuk "bakal gf" kau tu. yela, nak mengorat kan mestilah kena bagi yang hardcore punya. barulah "bakal gf" kau akan cair. ye dak?



then, bila kau dah dapat tackle gf kau tu dan usia hubungan korang sudah mencecah hampir setahun. everything will be different. yang si lelaki akan kata;-


"tak kan semua benda nak kena bagitaw? macam budak2 la u ni....!"


"cuba la jd matang sikit, tak kan 24 jam nak kna msg kot?..."


"eee.... jiwang la u ni"

dan macam2 lagi ayat yg tak tercapai dek akal si perempuan ni. bila kau dah start cakap macam ni, sudah tentulah kau punya gf akan cakap macam yg aku cakap kat atas td..

"u da lain, u bukan lg yg i knal dulu"


"u dah x sayang kat i kan?"


dan wahai lelaki, kau jangan nk melenting tak tentu pasal hanya disebabkan ayat2 kebudak2kan dari kaum perempuan ni. perempuan ada sebab yg tersendiri kenapa dia boleh bertindak mcm ni.


bagi aku, semuanya bermula dari saat kau tackle gf kau. kalau kau tak buat perangai sooooo-caringggg kau dekat dia waktu mula2 dulu, si perempuan tak akan ungkit benda2 macam ni. sebab perempuan sangat alert dengan perubahan. senang ja sebernanya nak elak semua ni "just be youself" start kau tackle dia sampai lah bila2 ok. 

maksud aku...
yg sebernanya kau ni bukannlah yang jenis caring sngt pon, bukanlah jenis yang suka bermadah-helah pon, bukanlah jenis yg romantik pon, sooooo.... tak payah jadi macam 2 ok. just be yourself. so kau punya gf sure takkan nak ungkit2 pasal sikap kau waktu dulu dan sekarang.dia akan terima kau seadanya.dan kau pun tak payah nak serabut dengan ayat2 so-childish dari si perempuan ok.


nampak macam simple kan? tapi sebernanya tak.. u hav to face it first, then you will know.
kenapa aku cakap susah? kerana ianya berkaitan dengan hati. 


"they may forget what you said, but they will never forget how you made them feel"
Carl W. Buechner

Friday, August 26, 2011

menghilang

lama menghilang.
terlalu banyak yang perlu difikirkan dan dikerjakan.
sampaikan tak ada masa untuk menulis disini.
aku masih punya keiinginan.
cuma tiada masa.


Monday, May 23, 2011

zaman peralihan cinta

bermula dengan.

semua indah.
semua suka.
semua sayang.
semua baik.
semua sempurna.

tiada satu pun cacat cela yang dicari.

sekarang.
zaman transisi mungkin

ini tak suka.
itu tak suka.
itu tak baik.
ini jahat.
kena buat itu.
kena buat ini.

macam-macam.

semua orang nak jadi yang sempurna.

Tuesday, May 17, 2011

benda apa yang paling tajam?

letih.
lihat gelagat mereka dan mereka.
ada yang sopan.
ada yang kasar.
ada yang berbudi bahasa juga.
tak kurang juga yang suka menengking tak kira tempat.
ada yang terpekik terlolong macam kena rogol.
ada yang pandai berlakon.

penat.

pantang aku bila orang cakap kasar.
terpekik-pekik macam aku ni orang pekak.
cakap lebih kurang macam aku ni adik kau.
tengking kuat-kuat macam aku ni patung kau.
memang pantang aku.

jaga sama mulut awak tu.

aku boleh je nak berkasar dengan kau.

tak da hal punya.


hidup umpama bermain chess

aku punya impian.
banyak.
kau pun, kan?
aku cuba aturkan satu persatu
ibarat aku susun gerak langkah dalam bermain chess.
satu persatu langkah diatur.
kalau tersilap langkah pun, masih boleh diundur.
masih boleh diperbaiki
walaupun ada cacat celanya.

berbeza kalau main dam.
kau tak boleh berpatah balik.
sekali kau mara, kalau kena makan
nasibla.

aku cuma berharap hidup aku umpama bermain chess.
aku mampu aturkan perjalanan buah ches aku.
walau tersilap langkah masih boleh diundur.
cuma mungkin sudah ada cacat celanya.
tetapi masih boleh dibaiki.

berharap.

"manusia hanya mampu merancang, tapi tuhan yang tentukan hidup kau".

dah selalu sangat dengar ayat ni.

Monday, May 16, 2011

untuk diri sendiri juga

16 Mei 2011
selamat hari guru buat semua warga pendidik
juga buat diri sendiri.

"Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"



teori-otak-kiri

nukilan aku, banyak berkisar mengenai hidup aku.
jarang-jarang aku tulis pasal pelajaran aku.
no point kalau aku tulis pasal pelajaran.
cukup aku kerah otak aku untuk paksa masuk segala ilmu yang lecturer muntahkan.
cukup.

aku punya minat dalam ilmu sains yang sangat tinggi.
inkuiri dalam otak aku boleh tahan.
aku ingin tahu itu dan ini.
kenapa awan x jatuh?
kenapa air laut dan air sungai tak akan bercampur?
kenapa sistem badan amoeba sangat simple?
kenapa sistem badan manusia begitu kompleks?
hati manusia pun kompleks juga.

terlalu banyak persoalan.

satu perkara yang aku pasti otak aku tak mampu terima.
sejarah.
terlalu banyak tarikh dan tahun.
dan sejarah adalah sesuatu yang fakta.
kalau salah memang salah.

sains pun fakta tapi lebih kepada teori yang boleh buat kita berfikir dengan lebih jauh dan menarik juga.

tapi sejarah.
otak aku akan mati takat tu sahaja.

aku hanya mampu hafal dan ingat untuk dua minggu paling lama.
then,
aku akan lupa.

why?
sebab terlalu bosan.