kata monolog hari ini

the people who laugh the most have experienced the most pain

Saturday, December 10, 2011

pandangan junub homosapien

realiti hidup.

wajib fikir pasal apa orang nak kata kat kita dulu, baru fikir pasal diri sendiri.
biar duit habis beribu,
biar hati sakit bagai dihiris sembilu....
asalkan orang tak mengata walaupun satu.
itu yang penting.

inilah realti. nak buat apa2 kena fikir apa orang nak kata dulu. baru boleh buat, walaupun hati tak redha langsung dengan apa yang dibuat. kadang-kadang memang perlu untuk fikirkan perasaan orang lain atau apa yang orang fikirkan atas apa yang kita buat.
tapi...

ada batas lah!
takkan every single thing yang aku nak buat mesti fikir apa yang kau dan kau akan kata?
penatla macam tu.
apa hidup aku ni untuk kau ke atau untuk aku?

susahlah kalau hidup berdasarkan apa yang orang akan cakap.
kita memang tak boleh nak tutup mulut orang.
pasti akan ada yang dikritiknya.
itu salah, ini tak elok, itu tak betul dan macam2 lagi.
jenuhla kalau kita nak tutup mulut semua orang.
memang sakitlah!

nota kaki: tak perlulah asyik memikirkan "pandangan orang lain". yang penting fikirkan "pandangan" dari ALLAH. itu yang lebih baik.




Sunday, December 4, 2011

again-perempuan

perempuan.
hatinya lembut dan mudah tersentuh.
jiwanya mudah difahami.
dan kadang-kadang mudah juga disalah tafsir oleh seorang pria.

bukan kemewahan yang dipinta oleh si puteri.
bukan pujian yang melampau yang dikehendaki oleh si puteri.
bukan harta yang melimpah ruah yang mahu dipunyai oleh si puteri ini.
tapi hanya kebahagiaan dan keihklasan yang dicari-cari selama ini.

perempuan.
maki lah dia semahunya.
lukai lah hatinya selagi dia mampu menahannya.
kalau itu adalah jalan yang terbaik untuknya.
dia pasrah, dia redha dengan takdirnya.

andai ini adalah jalannya.
doakanlah buatnya.
semoga perempuan ini tabah dalam menghadapinya.

kuatkanlah hatimu wahai puteri.
andai bahagia menantimu nanti..........