kata monolog hari ini

the people who laugh the most have experienced the most pain

Thursday, December 30, 2010

matured

aku nak sangat dilihat sebagai seorang yang matang.

bukan usia yang matang tapi pemikiran yang matang, jiwa yang matang tak macam budak2 walaupun usia aku baru ja 19 tahun.

aku tahu semua orang nak nampak muda dari usia kan, "awet muda" kan?. ye aku pon nak jugak macam tu, tapi aku lebih prefer pemikiran dan jiwa yang matang. aku tak nak berfikir macam budak2. malu kadang2 bila dipersendakan oleh orang yang tua dan yang lebih matang dari aku.

malu. so aku nak jadi matang ok! pengalaman yang akan menjadikan aku lebih dewasa dan menjadi seorang yang lebih matang dari usia. kau pulak, nak x?

Wednesday, December 29, 2010

mentaliti jiwa yang parah

dulu, ramai jugak kawan2 aku yang selalu cerita masalah kat aku. aku? macam biasalah, mendengar dengan penuh tawaduk dan khusyuk. ye, aku pendengar yang baik.

dah dengar takkau nak diam je kan? mesti lah aku akan selitkan kata-kata nasihat macam Dr fadzilah Kamsah. bila aku dah bagi nasihat tu, of cozlah aku nak kawan2 aku dengar nasihat yang aku bagi tu. kalau kau pun kan?

tapi, bila aku sendiri ada masalah sampai kepala pusing2, muntah2 wei, kau bagilah nasihat macam Dr apa sekalipun, tak dak effect pon kat jiwa dan sanubari aku ni.

dan benda ni buat aku terfikir,

macam ni lah kawan2 aku rasa, bila ada masalah. orang bagi nasihat itu dan ini. kau dengar je, bajet kau boleh follow semua nasihat tu. padahal tak pon! susah kau tau tak. cakap memang senang, tapi nak laksanakan tu sangat susah.

sebab sesuatu penyelesaian masalah tu semuanya atas diri sendiri. orang lain cuma berfungsi sebagai supporter. kau yang akan handle. kan?

penantian selama 14 tahun akirnya berbaloi

14 tahun menanti

Malaysia juara akhirnya

tahniah Malaysia

yang penting jumaat ni cuti. itu yang penting. terima kasih Malaysia!

Saturday, December 25, 2010

penagih cinta

monolog cinta dari disneyland..

cinta umpama kau menghisap dadah

kau akan "ketagih"

cinta = dadah
orang yang bercinta = orang yang hisap dadah

once kau dah terjebak dengan cinta, susah kau nak "elak". sama macam kalau kau ambik dadah, susah nak berhenti.

kau sanggup wat apa ja demi cinta. kalau kau ambik dadah pulak. kau akan sanggup mencuri, pukul sana pukul sini, terajang sana, terajang sini sebab nak dapat duit untuk beli dadah.

kalau kau terjebak dengan cinta, kau sanggup lari rumah ikut jantan, sanggup gadai maruah bukan? sebab nak pertahankan cinta "agung" kau dan dia.

nampak macam tak sama, tapi ada kaitan yang tersirat.
tak semua orang macam ni, tapi ada.
fikirkan.

Tuesday, December 21, 2010

hikayat cinta dari disneyland

dulu, kau rajin kol aku
hari-hari, wajib nombor kau naik
sekarang, susah sangat
boleh bilang dengan jari

dulu, kau "wajib" belanja aku
satu sen pon aku x keluar
sekarang, kita "berkongsi"
kadang-kadang aku
kadang-kadang kau

dulu, bila-bila masa saja
kau sentiasa ada untuk aku
sekarang, buzy sana sini
mengalahkan perdana menteri

aku faham
dulu dan sekarang amat berbeza
aku?
terima seadanya, kerana ini lumrah

celiknya aku dr dunia

22 december 2010
hari ini,
jika dipatahbalikkan masa ke tahun 1991
aku dilahirkan,
oleh seorang ibu yg aku gelarnya "mama"
yang dihasilkan oleh "seorang pengeluar" yang terbaik di dunia
yg aku gelarnya sebagai "ayah"
kerana mereka lahirnya insan ini
terima kasih buat mama dan abah


aku semakin dewasa, umur aku pon dah dewasa, sekarang aku masih belajar, akan datang? aku x taw...

slalunya bila hari lahir, mesti ada impian kan? tapi aku? ada.. aku cuma nak jadi yang lebih baik dari dulu. itu saja. doakan untuk aku.

aku tak bimbo la

tadi, sebelum solat isyak, aku belek-belek buku agama ( mcm tak pecaya kan, tp ni realiti ok).
aku terbukak bahagian rasul ulul azmi, then aku teringat satu kisah waktu dulu-dulu yang pernah jd kt aku

si H : auni, yang rasul-rasul yang banyak terima dugaan 2 panggil apa?'

aku: ooow.. rasul ulul azmi la...

si H: yeke? (suara macam tak pecaya cakap aku)

aku: yela..

si H: btol ke?

aku: (diam je, malas nak layan, tawla aku bengap bab agama pon, tapi takla "sebimbo" yang kau sangka ok)

situasi ni selalu sangat jadi kat aku, bila orang tanya, aku jawab, tapi orang macam tak nak pecaya jawapan yang aku bagi. so, lain kali tak payah tanya aku sebab kau memang anggap aku bimbo walaupun hakikatnya takla sangat. sebab kau lagi bimbo ok.



Monday, December 20, 2010

suami & is three

cerita nie aku dapat dari blog V.I.P Wifey, buat kaum adam, sila hayati kisah yang betul2 menyayat hati ini. dan buat kaum hawa sila gunakan dan amalkan selalu...

seorang suami sedang mencari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi. antara alasan yang diberikannya ialah:

suami: lelaki kahwin tiga baru la sah.


isteri: kenapa pula?


suami: cuba terjemahkan ke dalam bahasa inggeris. "satu" is one, "dua" is two, "tiga" istri ( is three). baru betul dah sah.


isteri: tapi abg kena faham tentang bahasa inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"


suami: berkenaan apa 2?


isteri: satu tu "singular", dua atau lebih "plural"


suami: contohnya?


isteri: one car sebagai singular, two cars sebagai plural. apa bezanya abg?


suami: ooohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural


isteri: betul tu. sama la juga untuk abg.


suami: macam mana pula boleh sama?


isteri: satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural maka abang MAMPUS, tambah "s" je kan abg?


selepas dari peristiwa itu, si suami tidah pernah lagi menyatakan hasrat untuk berkahwin lain kepada isterinya.

Sunday, December 19, 2010

sudah termaktub

aku cemburu sngat tengok gadis2, wanita2 yang cantik lagi superb kat luar sana
aku. apa yang ada.
malu bila berjalan diantara mereka.
walau aku tahu, aku patut bersyukur.
tapi, ni memang sifat semua manusia.
nak jadi perfect kononya.
tapi dah memang termaktub
tiada siapa pun yang sempurna kecuali nabi
tapi kenapa aku tetap inginkan semua tu
rupa paras yang cantik
tak dak jerawat batu
badan x gemok
punggong x lebar
mata yang cantik, x nak lebam2 macam hantu
pandai, tak nak bodoh
hidung macung, tak nak yang kembang
kulih yang putih lagi beseri, tak mau yang hitam macam bontot kuali
ye. tu semua keinginan aku mahupun kau
tapi
tak semua yang aku dan kau dapat
ada yang kita boleh usahakan
dan ada yang hanya akan kekal seperti yang termaktub dalam "perlembagaan kau dan aku"
kerana
aku dan kau harus bersyukur.

Friday, December 17, 2010

mentaliti masyarakat #1

ada kejadian yang buat aku betul-betul tersentap dan tersirap. tadi mak aku suruh aku dan adik aku pegi kedai beli lauk untuk makan tengah hari. then, kebetulan kedai yang aku pegi 2 ada "kawan: satu sekolah dulu. ini perbualan antara aku dan dia.

"kawan": ang blajaq mna skarang? form 6 ke?
aku: takla.. aku kat maktab perguruan skarang.
"kawan": oooo............
"kawan": kwn2 yg laen pon dekat maktab jgak ke?
aku: x la..
"kawan": si A(bukan nama sebenar) kat mna?
aku: dia kat UITM
"kawan": WOWWW!!!
aku: ...........................................................

pelik sngat kenapa orang pandang tinggi gila bila masuk U , kononya kau mcam da gempak gila nak mampus sampai boleh kerja yang hebat-hebat and dapat gaji yang besar-besar bila msuk U berbanding dengan aku yang "hanya" belajar di maktab perguruan. watdehel!!

tersirap jugak darah aku tadi. mau ja aku bagi pelempang sedas kat muka dia. tapi aku taklah sekejam tu. kita kan "1 Malaysia". ya!! aku taw orang pandang rendah dekat student yang belajar dekat maktab perguruan.

sebab ap, kau pon boley jawab sendiri kan? sebab anggapan nie hanya akan dibuat oleh manusia-manusia yang mempunyai mentaliti yang sangat rendah!

bayangkan, kalau la U tu gila gempak kan, takkan la manusia-manusia lepasan ijazah sanggup buat KPLI? sebab apa? kau pun boley jawab sendiri. suma orang tau sebab apa. hanya manusia yang mentaliti rendah ja yang masih berada di "takuk" yang sama. come on la.. berubah la sket k.

p/s: aku bukannya nk bangga cuma rasa agak bengang bila ada sesetengah manusia cuba nk "menghina" aku dengan cara yang agak halus.

dow!!

aku pelik, kenapa manusia2 di muka bumi malaysia yang indah ni suka sangat gunakan perkataan "dow" bila cakap. aku tanya adik aku..

aku: knapa suka sngat guna perkataan "dow" 2?
adik: trend la..
aku: oow, ap maksud perkataan "dow" 2?
adik: "dow" 2 singkatan kepada perkataan "BODO"
aku: okee....

ha3, mcm terkena pon ada. bg aku perkataan 2 sangat annoying. oke.

malu

kadang-kadang ak fikir, layak kah aku nie digelar sebagai seorang kakak atau hanya sebagai seorang "kakak".
nak nasihat adik-adik kononya akulah pakar kaunseling terbaik pon rasa macam x mampu. macam x dak satu perkataan pon yang mampu aku keluarkan utk nasihat adik-adik aku.

sb aku pon tak bagus mana, tak perfect mcam orang yang dok mengata itu ini, tak sehebat macam orang yang memberi teguran kat adik-adik aku.

kadang-kadang aku hanya mampu melihat tanpa berkata apa2. 

sangat memalukan diri sendiri.

Thursday, December 16, 2010

"kritisnya" otak

kadang-kadang aku terfikir, untuk apa orang susah payah cari kerja hebat-hebat, pangkat tinggi-tinggi. boleh tak berlaku satu peristiwa dalam sejarah tamadun dunia nie dimana semua makhluk kat atas muka bumi nie x pyah bekerja? boleh x?

bukan ke senang kalaw setiap bulan duit akan masuk dalam akaun aku dan kau tanpa perlu bekerja. secara tak langsung kita boleh laksanakan misi negara untuk membasmi kemiskinan.perbezaan taraf antara aku dan kau juga x kan ad sebab kita semua sama.

mungkin ni adalah pemikiran yang dihasilkan oleh otak aku lalu dilisankan oleh hati besar aku secara monolog tanpa berfikiran dengan lebih panjang.

kerana malas menguasai diri, lantas pemikiran "kritis" dihasilkan.

dan kdng2 aku terfikir jgak, terlalu banyak sebab dan musabab, kenapa apa yang otak aku fikirkan tak dilaksanakan dengan jayanya sekarang.

pink itu aku

tajuk nukilan aku kali ni mungkin agak gedik pada pandangan dan pendengaran kau tapi aku sikit pon tak kisah. orang selalu kata baik lelaki mahupun perempuan "minah-minah pink nie gedik". is that true beb? kau dah kaji ka molecule-molecule yang ada dalam warna pink yang menyebabkan si peminat jadi gedik?

ye, mungkin kau nie "CSI" yang mengkaji warna-warna yang menjadikan seseorang itu gedik.sb 2 kau kata minah-minah yang suka wana pink is gedik. damm u!

aku tulis mcm nie sebab ini yang selalu orang kata. bila sebut ja suka wana pink, pandangan gedik terhadap sesorang perempuan yang sukakan warna pink 2 mula timbul. ak x pham knapa. mungkin nie mentaliti masyarakat kita yang entah bila nk berubah. mungkin orang yang berpandangan sebegitu bukan kau tapi ada.

aku kata pink itu aku sbab ak sukala. walaupun ada kawan-kawan aku cakap aku x sesuai pakai baju warna pink sebab aku agak chubby.aku tak peduli pon wlwpon hakikat sebenar jauh di sudut hati besar aku ni memang sedih bila ada orang cakap cam nie, tambah pulak aku ni seorang perempuan,  perempuan mna yang x terasa hati bila ada orang cakap cam tu? non k!!

sebab tu la blog picisan aku ni semuanya pink.
x boleh pkai baju pink takpe, at least blog ak berbajukan warna pink!!
sb...

pink looks cute @ pink itu comel..

ini aku

nie bukanla tulisan aku yang pertama di blog nie, sb aku dah pon delete the previous entry sb aku rasa ini bukan jiwa aku. sebelum nie aku menulis sambil menjaga hati orang. takut orang kata itu dan ini tentang tulisan hati aku, takut dicop sebagai seorang yang bajet bagus, takut dilabel sebagai seorang yang " kau bajet kau perfect sngat".

sapa yg nak dilabel, dicop, dikata, dihina, mcm tu? sapa-sapa pun tak nak, so jalan mudah wlw pon hakikatnya payah sangat nk buat adalah menulis sambil menjaga hati orang. damm! kat luar aku x mcm 2 sngat. kadang-kadang ckap pun main lepas ja tak kira la kau ni pangkat apa pon. sikit pon ak x peduli wlwpon aku sorang perempuan.

dulu, niat aku nk tulis sebab aku fikir blog ni sebagai medium untuk aku luahkan segala yang aku monologkan dalam benak hati kecil aku nie wlwpon hakikat sebenar yang hati akuu x lah sekecil mana sebab aku mempunyai saiz badan yang agak chubby ( lebih enak didengar berbanding perkataan gemuk)

so starting from today, inilah monolog aku..