kata monolog hari ini

the people who laugh the most have experienced the most pain

Sunday, December 4, 2011

again-perempuan

perempuan.
hatinya lembut dan mudah tersentuh.
jiwanya mudah difahami.
dan kadang-kadang mudah juga disalah tafsir oleh seorang pria.

bukan kemewahan yang dipinta oleh si puteri.
bukan pujian yang melampau yang dikehendaki oleh si puteri.
bukan harta yang melimpah ruah yang mahu dipunyai oleh si puteri ini.
tapi hanya kebahagiaan dan keihklasan yang dicari-cari selama ini.

perempuan.
maki lah dia semahunya.
lukai lah hatinya selagi dia mampu menahannya.
kalau itu adalah jalan yang terbaik untuknya.
dia pasrah, dia redha dengan takdirnya.

andai ini adalah jalannya.
doakanlah buatnya.
semoga perempuan ini tabah dalam menghadapinya.

kuatkanlah hatimu wahai puteri.
andai bahagia menantimu nanti..........


1 comment: