kata monolog hari ini

the people who laugh the most have experienced the most pain

Sunday, May 1, 2011

M o N o L o G

sebelum ni, entri aku kebanyakannya berbaur sadis dan agak peribadi. biasala. hidup ni macam putaran bumi. kadang2 kau kat utara dan kadang2 kau kt selatan. pelbagai cuaca yang kau akan alami. kadang2 musim panas, musim sejuk, musim luruh atau musim panas dan lembap barangkali. ini cuma perumpamaan.

kadang2 sampai satu tahap, aku jadi "lack of idea" untuk menulis. kenapa aku pun tak tahu. mungkin hormon tak menentu barangkali. dan kadang2 aku lebih suka monologkan semuanya dalam hati aku. ye, aku  bercerita dalam hati. kalau aku tak puas hati, aku bercerita dalam hati, menangis dalam hati, ketawa dalam hati, bermadah dalam hati dan tak lupa juga mengutuk dalam hati. macam kau tak pernah buat? kan?

kadang2 aku terfikir, macam mana kita boleh bercakap dalam hati (bermonolog)?
aku tahu ini satu kelebihan yang tuhan kurniaan tuhan.
tapi nak tau jugak, macam mana boleh terjadinya monolog ni ye. pernah tak kau kaji? pernah tak kau fikir?

No comments:

Post a Comment